

yanas baraqah aquaculture
Pembekal udang segar
Pembekal ikan segar
Pembekal umpan pancing hidup
"RAW & FRESH , NOTHING LESS"
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Yanas Baraqah Aquaculture atau dikenali sebagai YBA merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2018 . Jenis perniagaan adalah milikan tunggal . YBA menjalankan penternakan udang berkonsepkan air masin dengan keluasan kolam 1.5 ekar yang terletak di Bukit Berangan , Kedah .
Pada awalnya YBA terdiri daripada 2 buah kolam sahaja setelah beberapa tahun beroperasi dengan jayanya YBA berjaya menambah lagi 4 buah kolam , Kini YBA mempunyai 6 buah kolam yang beroperasi . Dengan kepakaran YBA yang hampir 6 tahun dalam bidang aquaculture telah membolehkan YBA menjalankan kesemua kolam secara serentak .
perkhidmatan yang ditawarkan
Yanas Baraqah Aquaculture menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pembekalan udang segar keseluruh semenanjung Malaysia . YBA juga menyediakan perkhidmatan penghantaran umpan udang hidup keseluruh Malaysia dengan harga yang berpatutan .
YBA juga menerima tempahan secara walk-in atau atas talian. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami . YBA sentiasa memastikan keluaran produk kami berada dalam keadaan berkualiti dan bermutu tinggi .
produk
Udang Vannamei
ikan Talapia Merah
ikan Siakap